
Seorang rakyat Malaysia dilaporkan cedera selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Rinjani yang terletak di Pulau Lombok, Indonesia.
Balai Taman Nasional Gunung Rinjani dalam satu kenyataan di Facebook, mangsa dilaporkan terjatuh kira-kira pukul 12 tengahari waktu tempatan di kawasan Banyu Urip di gunung berkenaan.
Menurut kenyataan itu lagi, mangsa bersama 23 pendaki lain mendaki gunung berkenaan sejak 1 Mei lalu di melalui jalur Sembalun.
“Saat ini mangsa masih berada di lokasi dia terjatuh dan ditemani ketua rombongan dan tiga jurupandu.
“Operasi membawa turun mangsa sedang dijalankan pasukan penyelamat terdiri beberapa agensi penyelamat tempatan,” kata kenyataan itu.
Katanya, operasi menyelamat turut disertai Badan Pencarian dan Penyelamatan Nasional Indonesia…