
Representasi dikemukakan Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh bagi menggugurkan pertuduhan dalam kes mendatangkan kegusaran awam pada Disember 2025 ditolak pengarah pendakwaan negeri Pulau Pinang.
Pada 22 Ogos 2025, Akmal didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan itu dalam satu video Facebook dimuat naik pada 11 Ogos tahun sama. Beliau mengaku tidak bersalah.
Pertuduhan bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Video tersebut berkaitan kontroversi mengenai seorang pemilik kedai perkakasan yang kelihatan memegang Jalur Gemilang secara terbalik dalam satu video tular.
Ketua barisan peguamnya, Aizat Azam, pihaknya telah memohon kepada Mahkamah Majistret Bukit…