
NEW YORK: Hakim memutuskan semalam perbicaraan bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng, yang dituduh membantu menyeleweng dana 1MDB, dihentikan sementara berikutan kelewatan pendakwa raya mendedahkan beberapa keterangan kepada pihak pembelaan.
Ng, bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat dalam pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang antirasuah. Menurut pendakwa raya, dia menerima berjuta-juta dolar sebagai sogokan bagi membantu menggelapkan dana 1MDB.
Pendakwa raya dalam pemfailan mahkamah pagi semalam – lebih seminggu selepas pernyataan pembukaan dalam perbicaraan Ng dimulakan – berkata mereka mengetahui lewat pada Selasa bahawa satu bahagian Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat tidak berkongsi dengan mereka atau Ng kira-kira 15,500 dokumen…