
PETALING JAYA: Pihak pendakwaan tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan peguam Shafee Abdullah daripada tuduhan pengubahan wang melibatkan RM9.5 juta.
Dalam kenyataan, firma undang-undang Shafee & Co berkata, peguam negara memfailkan notis penghentian rayuan di Mahkamah Rayuan.
“Justeru, rayuan tersebut di Mahkamah Rayuan dianggap ditolak menurut Peraturan 73 Kaedah-kaedah Mahkamah Rayuan 1994,” katanya.
Pada 13 Sept 2018, Shafee dibicarakan atas tuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram melalui cek dikeluarkan bekas perdana menteri, Najib Razak, yang diremit ke akaun CIMB Bank Bhd.
Beliau didakwa menerima cek RM4.3 juta pada 13 Sept 2013, dan RM5.2 juta pada 17 Feb 2014.
Shafee turut dituduh menghantar penyata cukai tidak tepat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014, yang…
