Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pendakwaan rayu keputusan pinda tuduhan bagi pemandu lawan arus

today16 November 2026

Background


shah alam court
Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda pertuduhan terhadap K Devaaswin yang memandu lawan arus di Lebuhraya Persekutuan sehingga menyebabkan kematian dua remaja pada 2021, daripada kesalahan membunuh kepada menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.
PETALING JAYA:

Pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi meminda pertuduhan membunuh ke atas seorang bekas eksekutif pemasaran yang memandu lawan arus sehingga menyebabkan kematian dua remaja dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan pada 2021.

Peguam N Sivananthan yang mewakili K Devaaswin berkata, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan awal bulan ini.

“Saya percaya pihak pendakwaan mahu Mahkamah Rayuan mengembalikan pertuduhan bunuh terhadap anak guam saya serta memerintahkan dia membela diri,” katanya kepada FMT.

Pada 23 Okt lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen kesalahan membunuh terhadap Devaaswin, 29, walaupun memanggil 14 saksi untuk memberi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Yamaha terlepas hukuman tarik diri GP Qatar

Mies: Presiden Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Jorge Viegas menegaskan Yamaha tidak akan dikenakan sebarang hukuman kerana menarik diri daripada Grand Prix (GP) Qatar, memandangkan tiada peraturan yang memperuntukkan hukuman terhadap pelanggaran kontrak komersial.

today16 November 2026