Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pendakwaan tarik balik tuduhan gagal isytihar aset terhadap Daim

today20 November 2024

Background


Daim Zainuddi
Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin meninggal dunia pada 13 Nov lalu. (Gambar fail)

KUALA LUMPUR: Kes pengisytiharan aset melibatkan bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin, ditamatkan susulan kematian beliau pada minggu lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan di bawah Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Kami juga menyampaikan ucapan takziah,” kata Wan Shaharuddin.

Pada Januari lalu, Daim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi syarat notis pengisytiharan aset yang dikeluarkan oleh SPRM.

Beliau didakwa gagal mengisytiharkan pemilikan dalam 38 syarikat, 19 lot tanah di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur, serta enam hartanah lain.

Daim juga didakwa tidak mengisytiharkan pemilikan akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Amanah Saham Nasional (ASN), serta tujuh kenderaan mewah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ho Kit Yen