Hot FM

Pendakwaan terkilan dengan pembebasan Zahid 



Pada 23 Sept lepas, Hakim Mohd Yazid Mustafa membebaskan Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden Umno, daripada 40 pertuduhan menerima rasuah membabitkan VLN selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan terkilan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan menerima rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Dalam petisyen rayuan difailkan semalam, pendakwa raya selaku perayu mengemukakan 14 alasan tertumpu kepada dapatan fakta dan undang-undang yang dibuat oleh Hakim Mohd Yazid Mustafa terhadap persoalan sama ada berlakunya pemberian dan penerimaan wang secara rasuah dalam kes tersebut.

Pendakwa raya mendakwa Hakim Mohd Yazid terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan ia gagal membuktikan kes prima facie dan gagal menilai secara menyeluruh keterangan bagi membuktikan setiap elemen kesalahan dihadapi timbalan perdana…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version