
Pelaksanaan Perjanjian Pendakwaan Tertunda (DPA) akan dibuat melalui pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang dijangka dibentang di Parlimen pertengahan tahun depan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, cadangan pindaan akta itu bagi membolehkan pelaksanaannya akan dibawa ke Jawatankuasa Khas Jemaah Menteri Tatakelola Nasional yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
“DPA undang-undang yang digunakan banyak negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom bagi menyelesaikan kes penyelewengan melibatkan entiti atau institusi perniagaan yang besar,” katanya.
“Melalui DPA, entiti atau institusi perniagaan terlibat (tertuduh) perlu mematuhi beberapa perkara, antaranya melibatkan pemulangan semula wang atau aset yang diseleweng, membayar…