Hot FM

Pendakwaan tutup kes, nasib Siti Bainun diketahui 24 Nov



Siti Bainun Ahd Razali didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, yang didakwa mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella, hari ini menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, yang mengetuai pasukan pendakwaan, memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bahawa pihaknya menutup kes selepas juruteknik syarikat penapis air Mohamed Rezuan Satori, 25, selesai memberi keterangan.

“Dengan berakhirnya keterangan saksi pendakwaan ke-22, pihak pendakwaan menutup kes hari ini,” katanya.

Beliau dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias.

Izralizam kemudian memerintahkan kedua-dua pihak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version