Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

‘Pendakwah Sendiri Datang’ – Ifa Raziah Bangga Ustazah Asma’ Harun Jumpa Minta Maaf

today14 September 2022

Background

Sebelum ini, Ifa Raziah telah berkongsikan video pertemuannya dengan pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun dalam satu majlis dimana ia satu kejutan yang dirancang untuknya.

Menerusi perkongsiannya itu juga, dia meluahkan rasa sebak dan terharu kerana berpeluang untuk berjumpa dengan pendakwah terkenal dan mengucapkan terima kasih.

https://www.instagram.com/p/CiKZacrJgmj/

Menurut Ifa, dia tidak sangka dapat berjumpa dengan Ustazah Asma’ Harun kerana dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengan pendakwah itu.

Akan tetapi, dalam satu temu bual Ifa bersama Media Hiburan, dia memaklumkan bahawa dirinya berasa bangga kerana pendakwah tersebut yang datang berjumpa dengannya untuk meminta maaf.

https://www.facebook.com/58447413434/videos/1768901896788280

Menurut Ifa, Ustazah Asma’ Harun datang berjumpa untuk meminta maaf dengan dirinya selepas menyelar dirinya sebagai seorang wanita istidraj di media sosial.

Dilihat riak dan bangga apabila Ustazah Asma’ Harun datang meminta maaf, temu bual Ifa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata netizen berasa kurang senang dengan jawapan yang diberikan oleh Ifa.

Bukan itu sahaja, para netizen berpendapat bahawa tindakan Ustazah Asma’ Harun memohon maaf adalah untuk menjernihkan kembali keadaan dan menunjukkan sifat berbesar hati Ustazah Asma’ Harun.

Written by: Mimieyuzi


Previous post