Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Pendamkan Je Bakat Terpendam Tu!” – Confident! Iqbal Zulkefli Nak Ganti Justin Bieber Buat Konsert, Ini Reaksi Netizen!

today15 June 2022

Background

Baru-baru ini, dunia hiburan digemparkan dengan perkhabaran kurang baik mengenai penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber diserang sindrom Ramsay Hunt.

Sindrom tersebut telah menyebabkan separuh wajahnya menjadi lumpuh sekaligus dia mengumumkan akan menunda konsert jelajahnya di beberapa buah negara.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Wajah Saya Lumpuh Sebelah Akibat Virus..” – Justin Bieber Hidapi Sindrom ‘Ramsey Hunt’, Konsert Mungkin Bakal Dibatalkan?

Usahawan yang kini bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli telah mencuri tumpuan warga maya dengan kata-kata yang ditinggalkan pada ruangan komen akaun media sosial sebuah portal hiburan.

Diruangan komen tersebut, Iqbal dengan selamba menyatakan dia boleh menggantikan Justin Bieber untuk menyanyi di konsert yang bakal diadakan di Malaysia pada 20 Oktober 2022.

“Tak apa, saya ada boleh ganti. Nak dengar lagu apa? Tulis siap-siap jangan last minutes baru nak bagi list ya,” tulis Iqbal bersahaja.

Gara-gara kenyataan ‘berani mati’ tersebut, Iqbal dicemuh dalam kalangan wargamaya dan rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan Iqbal dan ramai memintanya untuk tidak terlalu yakin.

“Konfiden itu penting, tapi kesedaran dalam diri pun penting.

“Sebenarnya Iqbal ni ada bakat yang sangat terpendam, saya syorkan Iqbal pendam je bakat yang sangat terpendam tu.

“Saya nak booking awak untuk upacara panggil hujan. Tempat saya kemarau, tanaman semua tak menjadi. Kot-kot dengan nyanyian merdu awak boleh menyebabkan ribut petir kat sini,” tulis warganet.

Terdahulu, Iqbal pernah dikecam oleh wargamaya ketika menyertai sebuah program realiti dan netizen mendakwa suaranya sumbang.

Written by: Salma


Previous post