Ahli ekonomi Geoffrey Williams berkata lepasan SPM dari latar belakang miskin perlu bekerja untuk menambah pendapatan keluarga mereka.

PETALING JAYA: Pendapatan isi rumah rendah dan kurangnya usaha kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan dilihat antara penyebab hanya 40% pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, kata seorang ahli ekonomi.
Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata pelajar lepasan SPM dari latar belakang miskin terpaksa bekerja untuk menyara keluarga, seterusnya menghalang mereka daripada menyambung pengajian.
Williams berkata kelemahan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), yang dilancarkan pada 2010 dengan matlamat mewujudkan tiga juta pekerjaan, menyebabkan dua pertiga daripada peluang pekerjaan tidak memerlukan…