Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pendapatan purata isi rumah meningkat RM8,479

today28 July 2023

Background


Menurut statistik Jabatan Perangkaan, makanan dan minuman menyumbang kepada 16% perbelanjaan isi rumah pada tahun lalu.

PUTRAJAYA: Pendapatan purata isi rumah di Malaysia pada 2022 meningkat 2.4% setahun kepada RM8,479 berbanding RM7,901 yang dicatatkan pada 2019, demikian menurut Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022.

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata laporan itu yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan (DOSM) menunjukkan pendapatan isi rumah penengah meningkat sederhana 2.5% setahun pada 2022 kepada RM6,338 berbanding RM5,873 pada 2019.

“Nilai pendapatan ini mengambil kira purata saiz isi rumah sebanyak 3.8 orang dengan purata 1.8 orang penerima pendapatan,” katanya ketika membentangkan hasil dapatan laporan itu, yang turut dihadiri Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata pendapatan isi rumah itu merangkumi pendapatan daripada pendapatan bergaji, bekerja sendiri serta pendapatan daripada pelaburan dan pindahan semasa diterima.

Uzir…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post