
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas dipercayai sengaja meluru dan melompat ke atas beberapa kenderaan sedang bergerak sehingga mengakibatkan kemalangan di sekitar Bandar Sungai Long, Kajang, Selasa lalu.
Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata suspek yang juga pendatang asing tanpa izin itu ditahan jam 6 petang tadi di lokasi berhampiran.
Beliau berkata tangkapan dilakukan selepas pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 14 saat di laman Facebook milik “DashCam Malaysia” yang memaparkan insiden berlaku pada 11.53 pagi, 17 Sept lalu.
“Suspek yang hanya mengalami kecederaan ringan meninggalkan tempat kejadian sebelum butiran atau pengenalan diri sempat diperoleh.
“Dua kenderaan mengalami kerosakan akibat perbuatan lelaki berusia 32 tahun yang bekerja…