
PENDANG: Pendedahan kes kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik bukan dibuat untuk memburukkan imej Menteri Besar Kedah Sanusi Nor, sebaliknya bagi menunjukkan disyaki wujud isu kepincangan pentadbiran kerajaan negeri.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendedahannya mengenai isu kecurian REE itu hanyalah permulaan kepada siri pendedahan lain berkaitan isu berkenaan.
“Tak ada plot (memburukkan imej Sanusi) dalam isu ini kerana hakikatnya isu kecurian REE ini menunjukkan beberapa isu berbangkit, termasuk dalam kes membawa masuk pekerja asing dari China, selain tangkapan dan kompaun yang dikeluarkan.
“Saya percaya siasatan akan diteruskan melibatkan beberapa agensi. Ini kerana tangkapan pertama dilakukan pada Januari lepas yang kemudian membawa kepada kertas siasatan dibuka…
