
KUALA LUMPUR: Pendengaran permohonan bekas peguam negara Tommy Thomas supaya Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh Shahrir Samad terhadap beliau dan tiga lagi berhubung pendakwaan berniat jahat, ditangguhkan hingga 9 Dis ini.
Peguam Mervyn Lai Wei Shiung yang mewakili Thomas berkata mahkamah menetapkan tarikh baharu itu bagi membolehkan Shahrir memfailkan afidavit balasan kepada afidavit tambahan yang difailkan bekas peguam negara pada Jumaat lepas.
“Oleh itu, kes ditangguhkan ke 9 Dis ini,” katanya kepada pemberita selepas prosiding kes itu hari ini di hadapan Roz Mawar, yang turut dihadiri peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Shahrir.
Pada 26 Ogos lepas, Thomas memfailkan permohonan supaya Roz Mawar…