
PETALING JAYA: Kerajaan Sarawak tidak akan mempolitikkan pendidikan kerana ia tidak memberi manfaat kepada negeri itu dan rakyatnya, kata Premier Abang Johari Openg.
“Sebaik sahaja anda mempolitikkan pendidikan, tidak akan ada pengakhiran tindak balas dan tindak balas berlawanan, dan negara akan mundur,” katanya menurut Malay Mail.
“Kita mahu negara ini bangkit. Jika kita menggunakan pendidikan untuk meningkatkan taraf hidup, maka ia jadi alat untuk kita bergerak ke hadapan.
“Ia tidak sepatutnya dijadikan sebagai alat untuk dipolitikkan.”
Berucap dalam satu majlis di Kuching, Abang Johari juga menekankan kepentingan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada pendidikan Cina.
Antara lain, kerajaan negeri mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang dikeluarkan oleh sekolah persendirian Cina dan…