
Penduduk berhampiran lokasi tanah runtuh yang membawa maut di Paya Terubong bulan lepas bimbang akan keselamatan mereka selepas air lumpur mencurah melalui sebuah rumah tidak berpenghuni dan membanjiri sebuah lagi kediaman malam ini.
Susulan hujan sekitar 8 malam, air bercampur kelodak dilihat mengalir deras melalui rumah kosong bersebelahan kediaman Dr Wong Kar Lin, yang maut akibat tertimbus tanah bulan lepas, di Taman Seri Rambai, iaitu satu daripada enam rumah yang diarahkan dikosongkan berikutan kejadian tanah runtuh pada 25 Okt lalu.
Air itu mengalir ke arah rumah lain sehingga membanjiri anjung rumah jurugambar, Teoh Kean Hooi, di seberang jalan di Lebuh Rambai 6.
Teoh, 34, berkata air lumpur itu mencurah turun walaupun hujan pada awal malam tadi tidak terlalu lebat.
Katanya, rakaman CCTV yang diperoleh…