Site icon Hot FM

Penduduk Di Kelantan Paling Ramai Hidap Diabetes & Kolesterol, Melepasi Peringkat Nasional


Beliau memberitahu daripada data NHMS 2023 itu turut mendapati 34.9 peratus penduduk di Kelantan menghidap kolesterol tinggi berbanding 33.3 peratus pada peringkat nasional.

“Bagaimanapun kadar prevalens untuk penyakit darah tinggi dan berat badan berlebihan di Kelantan masing-masing merekodkan 27.9 dan 51.6 peratus iaitu lebih rendah berbanding paras nasional.

“Dapatan daripada NHMS 2023 amat membimbangkan walaupun Kelantan mencatatkan prestasi lebih baik dalam beberapa indikator berbanding paras nasional.

“Mendepani cabaran ini, KKM memperkenal dan melaksanakan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sebagai platform untuk menggerakkan pembudayaan gaya hidup sihat secara menyeluruh.

“Inisiatif ini sangat selari dengan agenda reformasi sistem kesihatan negara, peralihan daripada perkhidmatan berfokuskan rawatan kepada sistem yang menumpukan kepada pencegahan dan kesejahteraan,” katanya

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version