Menurut individu tersebut, dia sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab tetapi masih tiada tindakan yang diambil.
“Tengoklah perangai pengotor warga asing meludah merata-rata di tangga, dah tak tahu nak buat aduan di mana sebab dah berapa kali buat aduan tak ada di ambil tindakan.
“Saya mohon sangat mana-mana penguatkuasa tolonglah ambil tindakan atas sikap pengotor warga asing ni,” luahnya.
Difahamkan, mereka akan meludah merata-rata selepas sahaja mengunyah sirih dan sebagainya.
Ia seperti sudah menjadi satu budaya di negara mereka yang dibawa masuk ke sini.
