Menerusi video berkenaan, kelihatan terdapat polis di sekitar Kampung Sungai Tapah, Manjoi di Ipoh.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila terdapat segelintir penduduk yang menjumpai bom mortar di jambatan di Jalan Rebana kampung itu.
Sebaik saja tibanya pihak PDRM, warga kampung diarahkan membawa anak-anak keluar kerana mereka sedang mengadakan operasi pencarian bom untuk diletupkan dengan selamat.
Menurut sumber, bom mortar lama berukuran 60 milimeter (mm) ditemui. Pemusnahan berjaya dilakukan tanpa sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda awam oleh Unit Pemusnah Bom.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
