
PETALING JAYA: Penduduk Kuala Pilah kini boleh mengakses perkhidmatan internet berkelajuan tinggi 4G dan 5G menerusi pembinaan dua menara telekomunikasi moden di Jalan Bukit Putus (Seremban-Kuala Pilah).
Menara telekomunikasi setinggi 76m yang beroperasi sepenuhnya November tahun lalu, berjaya menyelesaikan masalah telekomunikasi dan capaian jalur lebar sering terganggu semasa waktu puncak seperti Aidilfitri dan cuti sekolah.
Pembangunan menara itu hasil kerjasama kerajaan Negeri Sembilan, Konsortium Jaringan Selangor (KJS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pihak berkepentingan utama dalam industri telekomunikasi.
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Adnan Abu Hassan, berkata inisiatif itu melambangkan lonjakan transformasi untuk masyarakat tempatan dan sekitar, selain menawarkan lebih banyak peluang dalam ekonomi…