Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) melaksanakan catuan bekalan elektrik sejak akhir bulan lalu kerana kekurangan kapasiti penjanaan di grid kuasa.

PETALING JAYA: Gangguan bekalan air dan elektrik tidak berjadual di Labuan bertambah buruk dengan keadaan cuaca panas ketika ini.
Penduduk Labuan yang berhadapan kesukaran akibat gangguan bekalan itu yang berpanjangan dan turut meluahkan rasa kesal di platform media sosial, merayu kepada kerajaan untuk mencari penyelesaian yang berkesan.
“Selepas berdepan kesukaran dengan gangguan air dan elektrik setiap minggu, pulau ini yang dikelilingi laut, kini semakin buruk dengan keadaan cuaca yang panas terik.
“Tiada bekalan air, elektrik, dan kini kami perlu duduk di dalam rumah sendiri kerana cuaca yang terlampau panas,” kata Rosli Bahrum, 43, kepada Bernama.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia…