Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penduduk Malaysia cecah 34 juta pada suku pertama 2024

today14 May 2024

Background


rakyat malaysia
Jabatan Perangkaan melaporkan penduduk Malaysia bagi suku tahun pertama 2024 meningkat 2.3% berbanding suku tahun pertama 2023.

PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama (ST1) 2024 dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3% berbanding ST1 2023 iaitu seramai 33.2 juta penduduk, menurut laporan perangkaan demografi bagi ST1 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jumlah penduduk terbabit merangkumi 30.6 juta (90%) warganegara dan 3.4 juta (10%) bukan warganegara.

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata penduduk lelaki meningkat kepada 17.8 juta pada ST1 2024 daripada 17.4 juta (ST1 2023), manakala perempuan meningkat kepada 16.1 juta daripada 15.8 juta bagi tempoh yang sama.

β€œSecara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya.

Penduduk Melayu menyumbang 57.9% (17.7 juta) daripada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post