Orang Asli mahu menghalang pencerobohan ke atas tanah adat mereka dan memastikan akses kepada kemudahan asas.

SHAH ALAM: Penduduk Kampung Orang Asli Air Kuning di Bukit Bandaraya menggesa Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) meluluskan segera permohonan mewartakan tanah adat mereka sebagai penempatan Orang Asli.
Abd Rahman Shah Abdullah, lebih dikenali sebagai Wak Apuk, berkata mereka mengemukakan permohonan itu pada 2009 dan beberapa peringatan dihantar kepada Jakoa Selangor dan ibu pejabat jabatan terbabit sejak itu.
“Lim Teck Wyn (dari Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam, SACF) memperkenalkan seorang peguam kepada kami dan sudah menemui peguam itu berhubung tindakan kami,” kata Wak Apuk, yang mempengerusikan jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung itu.
“Tetapi, baru-baru ini Jakoa menelefon untuk memaklumkan kerajaan Selangor…
