PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung ‘tidak patuh prosedur’ disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) melibatkan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).
Menterinya, Steven Sim berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kesuma Khairul Dzaimee Daud berbuat demikian, sambil menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan bertentangan undang-undang.
“Kesuma mengambil serius laporan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Proses pengauditan itu terhadap operasi HRD Corp dari 2019 hingga 2023,” katanya menurut Bernama.
Beliau juga sudah dimaklumkan mengenai proses pengauditan oleh kedua-kedua badan itu ketika mengambil alih portfolio kementerian pada pertengahan Disember 2023…