Hot FM

Penemuan HRD Corp ‘tak patuh prosedur’, Kesuma akan lapor SPRM


Laporan Ketua Audit Negara syor Kementerian Sumber Manusia merujuk pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) kepada agensi penguatkuasaan.

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung ‘tidak patuh prosedur’ disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) melibatkan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).

Menterinya, Steven Sim berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kesuma Khairul Dzaimee Daud berbuat demikian, sambil menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan bertentangan undang-undang.

“Kesuma mengambil serius laporan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Proses pengauditan itu terhadap operasi HRD Corp dari 2019 hingga 2023,” katanya menurut Bernama.

Beliau juga sudah dimaklumkan mengenai proses pengauditan oleh kedua-kedua badan itu ketika mengambil alih portfolio kementerian pada pertengahan Disember 2023…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version