Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penemuan mayat bayi diklasifikasi kes bunuh

today4 December 2023

Background


Mayat bayi perempuan ditemui orang ramai di Pantai Queensbay, semalam.

PETALING JAYA: Polis menyiasat penemuan mayat bayi perempuan terdampar di Pantai Queensbay di Bayan Baru, Pulau Pinang semalam sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Barat Daya Kamarul Rizal Jenal berkata perkembangan baharu itu susulan bedah siasat ke atas bayi itu di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini mendapati punca kematian disebabkan kecederaan pada leher akibat dikelar (incised wound to the neck).

“Selepas mendapat keputusan hasil bedah siasat, ia diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes C Jivendran Muthuliyar di talian 019-346 9718 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, pengunjung Pantai Queensbay gempar apabila mayat seorang bayi perempuan ditemukan terdampar di kawasan pesisiran pantai itu.

Penemuan jasad bayi malang itu dalam keadaan bogel dan sempurna itu pada 5.55…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post