
PETALING JAYA: Penerbit Mentega Terbang, filem indie yang dilarang tayang kerajaan akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Rabu kerana “melukakan perasaan agama orang lain”.
Tan Meng Kheng menerima saman bertarikh hari ini untuk menjawab pertuduhan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Anna Har daripada Freedom Film Network memaklumkan kepada FMT bahawa pengarah filem itu, Khairi Anwar Jailani, juga terima saman hari ini.
Bulan lalu, Tan dan Khairi memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi mencabar tindakan kerajaan mengharamkan filem tersebut.
Kementerian Dalam Negeri mengharamkan filem itu pada 1 Sept, yang mana kedua-duanya berkata ia “tidak rasional” kerana melanggar kebebasan bersuara dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ditayangkan menerusi platform penstriman, filem…