Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penerbit rancangan RTM didakwa terima RM18,000

today20 November 2023

Background


Suhaila Md Zaini didakwa menerima sejumlah wang di Wisma TV, Angkasapuri, pada 2019. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima wang tunai RM18,000 daripada seorang individu yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya pada 2019.

Suhaila Md Zaini, 44, ketua penolong pengarah sebuah stesen televisyen didakwa menerima wang itu daripada individu berkenaan yang diketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasminya sebagai penerbit rancangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Timbalan Pengarah Seksyen Berita Radio, Bahagian Berita Ehwal Semasa, Wisma TV, Angkasapuri, antara 17 April 2019 dan 5 Jun 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin memohon mahkamah mengguna pakai jaminan RM7,000 serta syarat tambahan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

MOM harus bertenang, jangan melatah – PJS

Kuala Lumpur: Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias meminta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk bertenang dan jangan melatah berhubung isu penyebaran rakaman audio perbincangan tertutup bersama Persatuan Tadbir Urus Sukan Elektronik Malaysia (MEGA) dan Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) yang mencetuskan situasi tegang membabitkan kedua-dua pihak ketika ini.

today20 November 2023