Pengacara program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI) dan 999 di TV3, Anim Ezati Rizki memaklumkan dirinya sedang hamil anak pertama dengan kandungan sudahpun mencecah usia 10 minggu.
Berita gembira itu dikongsikan kepada umum menerusi laman Instagram miliknya pada 3 Mac lalu.
Anim yang bakal memasuki usia 28 tahun pada 28 Mac depan mengakui amat bersyukur atas anugerah zuriat tersebut selain turut memberi dedikasi istimewa buat suami tercinta.

Di akhir kapsyen, Anim turut memohon pengikutnya di laman sosial untuk mendoakan kesejahteraan bayi dalam kandungan serta keluarganya.
Untuk rekod, Anim dan suami, Mohd Fadli Sahudin, 38, telah mendirikan rumah tangga pada 28 Disember 2019.