
Perlawanan AFC Champions League Two antara Al-Jazira dan Gol Gohar mencetuskan kekecohan apabila pengadil perlawanan, Hanna Hattab, digantikan pada waktu rehat selepas timbul dakwaan bahawa beliau berada dalam keadaan tidak normal ketika mengendalikan perlawanan.
Pengadil berusia 37 tahun dari Syria itu pada awalnya bertugas mengadili pertemuan antara kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Jazira, dengan wakil Iran, Gol Gohar, dalam aksi peringkat kumpulan…
