Aplikasi SISPAA didakwa ibarat “mimpi ngeri buat penjawat awam” apabila terdedah tuduhan tanpa asas dan berdepan tindakan tatatertib yang boleh menjejaskan kerjaya.

PUTRAJAYA: Sejak menjadi penjawat awam, Aisara (bukan nama sebenar) berkhidmat penuh integriti dengan menumpahkan tenaga dan kudratnya buat negara.
Tidak pernah orang ramai mengadu mengenai khidmatnya. Namun, keadaan itu berubah apabila pegawai wanita berusia 40-an itu mendakwa menjadi mangsa tuduhan palsu menerusi aplikasi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), baru-baru ini.
Aplikasi dibangunkan Biro Pengaduan Awam (BPA) itu dakwanya ibarat “mimpi ngeri buat penjawat awam”, apabila terdedah tuduhan tanpa asas dan berdepan tindakan tatatertib yang boleh menjejaskan kerjaya.
“Saya berdepan tuduhan tidak berasas sehingga disoal siasat pegawai integriti, mujur saya…