Site icon Hot FM

Pengakhiran Drama Setelah Ku Dimiliki Dikritik

Berakhirnya drama rantaian Setelah Ku Dimiliki yang dilakonkan oleh Zul Ariffin, Intan Najuwa serta Tiz Zaqyah semalam selama 28 episod.

Cerita yang berakhir dengan Sara (Intan Najuwa) memohon maaf terhadap ibunya diterima dan kembali bahagia sedangkan Salina (Tiz Zaqyah) masih berdendam dengan adiknya bagaimanapun dikritik oleh pengikut yang masih tidak berpuas hati dengan pengakhiran tersebut.

https://twitter.com/__nuwqie/status/1202697830562979841

Bagaimanapun, pagi tadi Geng Pagi Hot sempat menemubual pengarah drama berkenaan iaitu Osman Ali.

Drama berkenaan juga menimbulkan tanda tanya adakah ia bakal mempunyai kesinambungan susulan menurut pengarahnya turut berkata:  “satu hari Salina berubah”

Menerusi laman Youtube pula, drama yang juga dibintangi oleh Adeline Tsen, Hilal Azman, Kuza, Lia Natalia, Aleza Shadan dan ramai lagi itu telah trending no.4 dengan meraih lebih 400,000 tontonan sejak ia dimuat naik.

Exit mobile version