
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Maimunah Mohd Sharif adalah individu layak menggalas tanggungjawab sebagai datuk bandar dan mengemudi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Beliau percaya, Maimunah mampu melaksanakan amanah itu berdasarkan pengalaman hampir empat dekad wanita berkenaan dalam perancangan bandar dan pembangunan komuniti tatkala mengetuai pelbagai institusi sama ada di dalam mahupun luar negara.
Anwar berkata, Maimunah pernah berkhidmat sebagai datuk bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai selain menjadi presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (Mala).
“Lebih membanggakan, beliau juga pernah dilantik sebagai pengarah eksekutif Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN-Habitat) yang berpusat di Nairobi, Kenya, satu-satunya wanita Asia yang memegang…