Pelakon dan pengarah terkenal, Sabri Yunus teruja apabila buat pertama kalinya berlakon bersama robot humanoid yang diberi nama Nexora dan Kancil.
Artikel Berkaitan: Tak Berani Ambil Risiko, Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Isteri Sahaja – ‘Orang Lain Boleh Terus Tanya Kepada Ustaz’
Cabaran berlakon dengan robot

Menurut Sabri, 64, dia berpeluang berlakon dengan robot humanoid ketika mengarahkan sebuah filem pendek berjudul Keluarga Techlympics untuk mempromosikan program Malaysia Techlympics 2025.
Ini adalah pengalaman pertama saya berlakon dengan robot. Melihat kemampuannya yang mampu bergerak seperti manusia dan haiwan saya terkejut.
Kita biasa berlakon dengan manusia, tetapi dengan robot bagaimana mahu cipta emosi. Itulah cabarannya, sebagai pengarah saya perlu bijak menggantikannya dengan pergerakan robot mengikut jalan cerita.
Tambah Sabri, filem pendek yang menjalani penggambaran selama sehari di Sungai Besar, Kuala Selangor itu bersama isterinya, Angeline Tan secara tidak…