
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin, yang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, yakin bahawa beliau mempunyai iltizam politik untuk membawa perubahan dalam ekonomi, sistem pendidikan dan kebajikan sosial.
Dalam wawancara dengan BFM hari ini, menteri kesihatan itu berkata, beliau merasakan dirinya seorang calon yang berdaya maju untuk memimpin negara susulan peranannya semasa wabak Covid-19, apabila beliau mula ditugaskan untuk memperoleh vaksin sebagai menteri sains, teknologi dan inovasi sebelum menguruskan peralihan negara ke fasa endemik sebagai menteri kesihatan.
“Saya telah melalui dua tahun yang sangat sukar menangani wabak dan saya tidak mahu mengisytiharkan aspirasi saya sebelum (ini),” katanya.
“Saya rasa prestasi kita bagus sebagai sebuah negara dan saya telah memainkan…