Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pengambilalihan Menara KL: Annuar nafi luluskan tender, kuasa di bawah UKAS

today29 December 2022

Background



Bekas menteri komunikasi dan multimedia Annuar Musa berkata beliau tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang tender membabitkan pengambilalihan anak syarikat TM bagi menguruskan Menara KL.

PETALING JAYA: Bekas menteri komunikasi dan multimedia Annuar Musa nafi terlibat dalam memberi kelulusan tender melibatkan pengambilalihan anak syarikat Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi menguruskan Menara Kuala Lumpur (Menara KL).

Annuar sebaliknya berkata, kuasa meluluskan tender tertakluk dibawah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS) pada ketika itu di bawah Mustapha Mohamed.

“Awal-awalnya ada satu syarikat nak buat, saya cakap bukalah ramai-ramai. Dua, tiga orang datang melalui saya bawa surat. Saya senang sahaja, saya panjangkan pada pentadbiran. Saya cakap buat penilaian, buat kertas kerja, jangan main mulut-mulut…

“Saya punya dasar walaupun saya menteri, saya tak campur tender, saya tak campur urusan ini. (Pihak kementerian) buat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anne Muhammad


Previous post