
PETALING JAYA:
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah pengampunan diraja merupakan satu mekanisme Perlembagaan yang sah, dan bukannya ‘hadiah’ yang dikurniakan atas dasar simpati semata-mata.
Titahnya, sebarang pengurangan hukuman tidak sesekali memadamkan sabitan mahkamah, tidak menghapuskan rekod kesalahan, dan tidak pernah membatalkan prinsip kedaulatan undang-undang yang menjadi asas pentadbiran negara.
“Pengampunan dan pengurangan hukuman ini juga bukan eksklusif kepada satu nama, satu parti atau satu kedudukan.
“Setiap tahun, ratusan banduan penjara daripada pelbagai latar belakang, termasuk kes jenayah berat dan ringan, menerima pengurangan atau pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu,” titah…