
PETALING JAYA: Dua penganalisis berbeza pendapat sama ada ‘suara’ dibawa DAP berhubung program dwibahasa (DLP) akan memberi kesan pada PRK Sungai Bakap 6 Julai ini terutama kepada Pakatan Harapan (PH).
Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menjangkakan tiada kesan besar daripada gesaan Pengerusi DAP Lim Guan Eng yang meminta Kementerian Pendidikan menerima pakai amalan DLP seperti dilaksanakan pemerintah sebelum ini.
Mengikut amalan sejak 2016, sekolah dibenarkan memilih melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Bagaimanapun, arahan baharu meminta sekolah memastikan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda sebagai pengantar.
Bercakap kepada FMT, Lau berpendapat isu itu tidak akan melarat menjadi terlalu serius…