
Seorang penganalisis mencadangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan negeri supaya Parlimen serta DUN dipilih menerusi pilihan raya awal hanya melengkapkan baki penggal sedia ada, bukan memperoleh mandat selama lima tahun.
Mengambil contoh pendekatan di Sweden, Zainal Abidin Sanusi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata pentadbiran dibentuk sebaliknya hanya perlu melengkapkan baki penggal sedia ada dengan pilihan raya berjadual tetap berlangsung seperti dirancang.
Di Sweden, pilihan raya diadakan empat tahun sekali.
Katanya, pendekatan itu dapat mengurangkan kecenderungan membubarkan Parlimen atau DUN mengikut kiraan taktikal semata-mata untuk memperoleh penggal baharu selama lima tahun yang kesannya turut meliputi ketidakstabilan politik.
“Kalau pembubaran awal tidak…