Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penganggur didakwa bunuh rakan, sembunyi mayat dalam tilam

today11 June 2026

Background


mahkamah
Kamil Harris Mohd Abd Nasir didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka atas tuduhan membunuh Mohd Idris Yasmir di sebuah rumah kedai pada akhir Mac lalu. (Gambar Facebook)
MELAKA:

Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tuduhan membunuh kenalannya di sebuah rumah kedai pada Mac lepas, yang mayatnya ditemukan dua bulan kemudian.

Kamil Harris Mohd Abd Nasir, 40, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kamil dituduh membunuh Mohd Idris Yasmir, 40, di Taman Seri Pandan 1, Jalan Pokok Mangga, antara 10 malam pada 30 Mac hingga 3 pagi, 31 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post