
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh ibu dan bapanya, yang mayat mereka ditemukan dalam keadaan berlumuran darah, hujung tahun lalu.
Afendi Muhammad Agus, 43, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim K Muniandy.
Mengikut pertuduhan Afendi didakwa membunuh Muhammad Agus Omar, 82, dan Darlisma Njatu Saleh, 72, di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, Jalan Penchala Hilir pada 7.10 malam hingga 7.20 malam, 9 Dis 2023.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Muniandy meminta peguam tertuduh Mohd Ruzaini Zulkifli mendapatkan…