Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penganggur mengaku tak salah rogol, amang seksual pelajar

today1 September 2024

Background


Hakim Mahkamah Sesyen Muar membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Okt untuk serahan dokumen serta lantikan peguam tertuduh.

PETALING JAYA: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar atas tiga pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar baru dikenalinya awal bulan lalu.

Harian Metro melaporkan Muhamad Fakhrulrazi Muhamad, 21, membuat pengakuan itu di depan Hakim Sayani Mohd Nor.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa 15 tahun di sebuah rumah di Kluang pada 7 pagi 8 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 (a) dan (b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang masing-masing memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Mangsa dalam laporannya berkata, kejadian berlaku di rumah kakaknya ketika semua ahli keluarganya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post