Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penganggur pukul isteri tak bantu kerja rumah

today31 January 2024

Background


Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail berkata lelaki berusia 36 tahun ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai memukul isterinya yang didakwa tidak mengendahkan suruhannya untuk membantu membuat kerja rumah.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail berkata suspek berusia 36 tahun yang juga penganggur itu ditahan di sekitar Pandan Perdana, 6.20 petang semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian yang berlaku pada 9.30 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pereka dalaman dikatakan bertengkar dengan suaminya.

“Suspek kemudiannya telah bertindak merosakkan komputer riba milik mangsa dan telah memukul pengadu sehingga mendatangkan kecederaan terhadap pengadu di bahagian tangan kanan.

“Suspek berang kerana pengadu tidak membantunya membuat kerja rumah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata lelaki itu kini direman tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post