Hot FM

Penganggur rompak guna kapak dipenjara 7 tahun, 3 sebatan


mahkamah sesyen majistret georgetown
Penganggur, Ng Peng Kim, 43, dipenjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen George Town selepas mengaku bersalah merompak dengan menggunakan kapak, minggu lepas. (Gambar fail)
GEORGE TOWN:

Seorang penganggur dipenjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merompak dengan menggunakan kapak, minggu lepas.

Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman itu ke atas Ng Peng Kim, 43, dan memerintahkan hukuman bermula hari ini.

Tertuduh didakwa cuba melakukan rompakan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki di sebuah kedai membaiki jam di Jalan Anson, dalam daerah Timur Laut di sini pada 4.38 petang, 21 Sept lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Ng didakwa cuba melakukan rompakan ketika pengadu berada di premis berkenaan, dengan menggunakan sebuah kapak terhadap mangsa iaitu pengadu hingga menyebabkan tangan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version