Geoffrey Williams berkata graduan baharu juga terpaksa berdepan dengan hutang pendidikan yang tinggi.

PETALING JAYA: Pengangguran dan gaji rendah adalah dua sebab utama mengapa golongan muda Malaysia jatuh muflis, kata seorang ahli ekonomi, memetik dua kajian yang dikeluarkan tahun laku.
Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata Tinjauan Pasaran Buruh S4 2022, dan Laporan Tinjauan Gaji dan Upah 2022 menunjukkan jumlah pengangguran bagi mereka yang berumur 25 hingga 34 tahun ialah 32%.
Purata pendapatan bagi mereka dalam kumpulan umur berkenaan ialah RM2,053, yang mana ia di bawah gaji sara hidup dan ada yang berpendapatan kurang daripada RM2,000, katanya.
Williams berkata, mengambil kira inflasi, gaji sara hidup bagi individu yang menetap di Kuala Lumpur pada 2023 sepatutnya sekitar RM3,089. Bagi pasangan, kadarnya…