
PETALING JAYA: Permohonan bagi pengambilan pekerja warga asing tidak lagi dibekukan bermula Jumaat, kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan.
Beliau berkata, walaupun telah diputuskan untuk dihentikan sementara sebelum ini, keputusan baharu itu dibuat selepas mengambil kira permintaan pihak industri.
“Saya telah putuskan untuk luluskan (permintaan industri), jadi tiada pembekuan lagi…kita terima proses permohonan baharu mulai Jumaat.
“Kita juga bersetuju agar semua permohonan diterima berhubung pengambilan 400,000 pekerja asing sebelum ini diteruskan sebelum hujung bulan,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama persatuan perniagaan di Wisma HRD Corp, di Kuala Lumpur.

Menurut Bernama, Saravanan berkata, bagi memahami isu pekerja asing dengan lebih baik, pihaknya juga telah menubuhkan…