Ketua Polis Wangsa Maju Ashari Abu Samah berkata pihaknya memberikan amaran keras kepada penganjur supaya program itu tidak diteruskan.

PETALING JAYA: Penganjur acara hiburan “Thai Hot Guy” sempena pembukaan sebuah bar di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, membatalkan persembahan dijadualkan berlangsung 30 Mac ini, selepas akur amaran polis.
Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, berkata pihaknya memberikan amaran keras kepada penganjur supaya program itu tidak diteruskan dan dibatalkan.
“Pihak penganjur dan pengurusan akur untuk membatalkan program berkenaan dan tiada sebarang aktiviti yang tular sebelum ini akan diadakan.
“Polis akan membuat pemantauan berterusan ke atas premis berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang,” katanya dalam kenyataan.
Ashari berkata, keputusan…
