Menerusi video di TikTok, difahamkan pasangan pengantin dari Singapura itu sedang meraikan majlis perkahwinan mereka yang dihadiri ramai tetamu.
Namun, selepas itu muncul seorang penyanyi iaitu Imran Ajmain datang menyanyi di majlis mereka. Kejutan berkenaan dibuat oleh pengantin perempuan sendiri kerana pada masa sama mahu meraikan hari jadi suaminya.
Perkara tersebut membuatkan pengantin lelaki terharu sehingga menangis kerana tidak mempercayai kejutan yang dibuat isterinya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada isteri saya kerana mengejutkan saya Imran Ajmain sebagai Tetamu Khas untuk hadiah hari jadi saya pada hari perkahwinan kami! Awak isteri terbaik!. Juga saya mengagumi suara Imran Ajmain, suka mashallah tengok dia, seorang yang tinggi dan rendah diri yang pernah saya jumpa. Thank you abang kerana sudi datang ke wedding saya, what a way to end my wedding day,” tulisnya.